Tuesday, 25 December 2012

Masjid Besi Putrajaya

Bila pertama kali jejak kaki dekat Masjid Besi Putrajaya, ada satu rasa yang sangat menyenangkan. Selain dari reka bentuk masjid yang sangat cantik, pastu angin yang sejuk, rasa selesa sangat. Dari saat tu jugak la terfikir nak nikah kat situ. Selama ni x pernah terfikir nak nikah kat tempat lain selain kat rumah, sebab along, angah alang semua nikah kat rumah jadi dah macam terbiasa plak kan. Tapi bila datang sini, terus je nak nikah kat sini. Konon nak tukar status kat sini =)

Pastu terjumpa plak gambar ni, credit http://www.facebook.com/mukhrizlatif.udeyismail, Ya Allah! rasa nak menangis je! lagi la membuak-buak kan rasa nak nikah kat sini. Okeyh, misi hari jumaat nanti, pergi ofis pentadbiran masjid besi ni. Kalau ikut kata blogger lain, senang je nak uruskan masjid ni untuk nikah. Harap-harap senang la kot.





Owh, website ni pon ada banyak gambar orang nikah kat masjid besi :

http://www.kidchan.com/2011/12/akad-nikah-photography-of-sabrina-ashraff-at-masjid-sultan-mizan-aka-masjid-besi/

http://pixelworks.com.my/izna-iskandar-solemnization-in-putrajaya/

Veil



Sebelum ni x pernah lagi terfikir nak pakai veil panjang mana, paras pinggang ke pendek ke, kain net ke kain chiffon ke, tapi lepas baca 1 blog yang sangat membantu ni, baru la taw dan berkenan la pulak dengan veil yang pendek sikit untuk nikah. from my opinion, kalau veil pendek cantik pakai kain chiffon kot sbb bila letak beads dia jatuh cantik. Dan kain dia lembut..huhuhuhu

pic credit to: G.I Photoshoot

Wednesday, 12 December 2012

Black and Gold wedding theme

Di kala kemalasan nak buat writing thesis, kepala pun merewang la fikir baju reception colour apalah, theme colour apalah. Bila buat thesis mengantuk tapi bila prepare tang kahwin laju ke kan? hehehehe..

Ok, terjumpa lah beberapa website best-best pasal gaun kahwin, sesuai sangat la dengan ak yang perasan nak jadi princess ni kan?

1) http://www.weddingdressfantasy.com

sebenarnya ni website jual gaun pengantin tapi sebab banyak choices bolehla amik sikit-sikit idea untuk gaun reception nanti.

2) http://www.jenjenhouse.com

Ini pon sama..arghhhhhhhh,rambang mata dibuatnya!

3) Dan ni yang paling best! sebab kene sangat yang wed theme yg ak selalu angan-angankan..ecececeh..

http://pinterest.com/sezzie87/black-n-gold-wedding-theme/

4) Dan yang paling tip top tentulah: http://www.verawang.com/

Wednesday, 5 December 2012

Baju nikah traditional theme



Ya allah! this dress is soooooooooooooooo awesome! chiffon putih..simple! i am soooo in love with the accesories!

Wedding Dress inspiration from Ted Movie

Semalam barulah habis tengok cerita Ted. Nice story! Tapi paling suka tengok baju kahwin mila dalam cerita tu cantik sangat! Dalam cerita tu dy pakai tube top, tape nanti ak adjust bahagian atas tu..bahagian skirt dengan riben tu yang palinggggggggggg ak suka..colour pon cantik..suka bangat dong!






Designer gaun ni pon ada design gaun2 lain yang cantik jugak! Suka Emma dengan Lavender.

Monday, 22 October 2012

Tudung

bagi ak sebenarnya lagi susah nak decide pakai tudung apa dari pilih baju. Sebab tudung ni mmg ikut orang, ada yang sesuai dengan muka, ada yang x sesuai. Tapi ak suka la gaya tudung ni. Unfortunately,xtaw nak cari katne..huhuhuhuhu
Credit to: G.I Photoshoot

Thursday, 18 October 2012

Nyum Nyum

Oleh kerana kitaorang insyallah akan jadi amek Dewan kat GMI tu nanti, so kene lah survey-survey untuk catering sebab dewn dan catering asing. Mula-mula nak amek je cousin ak sbb semua kenduri akak2 ak sume dia yang masak dan sangat sedap..memang kono lak dongan solero orang nogori ni..sodap! and it is kinda tradition in our family kene ada1 lauk negeri sembilan. Tapi, cousin ak tu takde equipment meja kerusi sume..*kecewa sekejap*

Bila bincang-bincang balik jadi kami terpaksalah amek catering luar yang siap dalam pakej kerusi meja semua. senang katanya.

Oleh sebab last kenduri kat rumah ni 9 tahun dulu, ak baru taw skang catering ada macam-macam pakej. Sekadar kerusi meja bersarung tu dah biasa lah kan, ni siap ada bagi pelamin, make up baju semua. wah, advance ye skang. *jakunsekejap*

So ni adalah list-list, baru sikit je jumpa catering yang besar-besar dan biasa untuk kenduri kahwin.


Anjung Eksklusif

Dorang ni adalah catering time Nabil raja lawak kahwin dulu, dan konon-konon sangat recommended oleh king. Jadi kalau kenduri Nabil yang ramai tu diaorang boleh handle, jadinya kenduri ak yang cenonet ni nanti insyallah lah boleh handle kan? =)

Tapi catering ni pakej2 yang dorang offer jauh sangat bezanya antara pakej, kalau dewan ada  RM 12.60 pastu next pakej terus RM 19.20. O_o.

Ni website diaorang : http://www.anjungcatering.com.my

Sri Angsana Catering

Sri Angsana ni ak suke sebab dah banyak kenduri ak pergi mesti dorang yang jadi caterer dah ak sangat-sangat suke masakan sambal sotong dan ikan dori sweet sour dorang..sedap babe! Pastu ayam percik plak tu..sedappppppp..

Kalau ikut hati ak suke Sri Angsana ni. Bila kenduri ak nampak je caterer sri angsana confirm ak akan makan banyak..hehehee =)


Sri Payung Catering

Seingat ak xpernah lagi ak makan kenduri under caterer ni, tapi banyak bloggers suggestkan caterer ni. Dalam majalah pengantin pon banyak iklan dorang.

Ramai dorang cakap makanan dia sedap, pelayan cukup, makanan pon cukup dan bersih.

Ni website diaorang: http://sripayung.com/

UBE Catering

Ini caterer favourite mak. Bila dia nampak je lori caterer ni kat kenduri confirm berseri-seri muke dia.Keistimewaan caterer ni adalah nasi dia. panjang woooooo..macam nasi arab!

Ni website diaorang:http://ubecatering.com

Norzack Catering

Ini adalah caterer wajib UPM..kebanyakan function UPM mesti dorang yang jadi caterer, even masa majlis buka puasa dengan sultan pon dorang yang jadi caterer. Jadi kalau majlis besar insyallah tade masalah la kot dorang nak handle.

Serisaji Catering


Serisaji ni ak dapat taw dari kawan. dia kenduri amek dorang ni jadi caterer. Pakej ok, paling mahal pon rm16, ok sangat la.

Ni website diaorang: http://www2.serisaji.com


List ni sikit je baru sebab baru nak survey-survey bajet-bajet semua. Rasanya time pameran pengantin 1 november nanti baru betul-betul survey.