Tuesday, 25 December 2012

Masjid Besi Putrajaya

Bila pertama kali jejak kaki dekat Masjid Besi Putrajaya, ada satu rasa yang sangat menyenangkan. Selain dari reka bentuk masjid yang sangat cantik, pastu angin yang sejuk, rasa selesa sangat. Dari saat tu jugak la terfikir nak nikah kat situ. Selama ni x pernah terfikir nak nikah kat tempat lain selain kat rumah, sebab along, angah alang semua nikah kat rumah jadi dah macam terbiasa plak kan. Tapi bila datang sini, terus je nak nikah kat sini. Konon nak tukar status kat sini =)

Pastu terjumpa plak gambar ni, credit http://www.facebook.com/mukhrizlatif.udeyismail, Ya Allah! rasa nak menangis je! lagi la membuak-buak kan rasa nak nikah kat sini. Okeyh, misi hari jumaat nanti, pergi ofis pentadbiran masjid besi ni. Kalau ikut kata blogger lain, senang je nak uruskan masjid ni untuk nikah. Harap-harap senang la kot.





Owh, website ni pon ada banyak gambar orang nikah kat masjid besi :

http://www.kidchan.com/2011/12/akad-nikah-photography-of-sabrina-ashraff-at-masjid-sultan-mizan-aka-masjid-besi/

http://pixelworks.com.my/izna-iskandar-solemnization-in-putrajaya/

Veil



Sebelum ni x pernah lagi terfikir nak pakai veil panjang mana, paras pinggang ke pendek ke, kain net ke kain chiffon ke, tapi lepas baca 1 blog yang sangat membantu ni, baru la taw dan berkenan la pulak dengan veil yang pendek sikit untuk nikah. from my opinion, kalau veil pendek cantik pakai kain chiffon kot sbb bila letak beads dia jatuh cantik. Dan kain dia lembut..huhuhuhu

pic credit to: G.I Photoshoot

Wednesday, 12 December 2012

Black and Gold wedding theme

Di kala kemalasan nak buat writing thesis, kepala pun merewang la fikir baju reception colour apalah, theme colour apalah. Bila buat thesis mengantuk tapi bila prepare tang kahwin laju ke kan? hehehehe..

Ok, terjumpa lah beberapa website best-best pasal gaun kahwin, sesuai sangat la dengan ak yang perasan nak jadi princess ni kan?

1) http://www.weddingdressfantasy.com

sebenarnya ni website jual gaun pengantin tapi sebab banyak choices bolehla amik sikit-sikit idea untuk gaun reception nanti.

2) http://www.jenjenhouse.com

Ini pon sama..arghhhhhhhh,rambang mata dibuatnya!

3) Dan ni yang paling best! sebab kene sangat yang wed theme yg ak selalu angan-angankan..ecececeh..

http://pinterest.com/sezzie87/black-n-gold-wedding-theme/

4) Dan yang paling tip top tentulah: http://www.verawang.com/

Wednesday, 5 December 2012

Baju nikah traditional theme



Ya allah! this dress is soooooooooooooooo awesome! chiffon putih..simple! i am soooo in love with the accesories!

Wedding Dress inspiration from Ted Movie

Semalam barulah habis tengok cerita Ted. Nice story! Tapi paling suka tengok baju kahwin mila dalam cerita tu cantik sangat! Dalam cerita tu dy pakai tube top, tape nanti ak adjust bahagian atas tu..bahagian skirt dengan riben tu yang palinggggggggggg ak suka..colour pon cantik..suka bangat dong!






Designer gaun ni pon ada design gaun2 lain yang cantik jugak! Suka Emma dengan Lavender.

Monday, 22 October 2012

Tudung

bagi ak sebenarnya lagi susah nak decide pakai tudung apa dari pilih baju. Sebab tudung ni mmg ikut orang, ada yang sesuai dengan muka, ada yang x sesuai. Tapi ak suka la gaya tudung ni. Unfortunately,xtaw nak cari katne..huhuhuhuhu
Credit to: G.I Photoshoot

Thursday, 18 October 2012

Nyum Nyum

Oleh kerana kitaorang insyallah akan jadi amek Dewan kat GMI tu nanti, so kene lah survey-survey untuk catering sebab dewn dan catering asing. Mula-mula nak amek je cousin ak sbb semua kenduri akak2 ak sume dia yang masak dan sangat sedap..memang kono lak dongan solero orang nogori ni..sodap! and it is kinda tradition in our family kene ada1 lauk negeri sembilan. Tapi, cousin ak tu takde equipment meja kerusi sume..*kecewa sekejap*

Bila bincang-bincang balik jadi kami terpaksalah amek catering luar yang siap dalam pakej kerusi meja semua. senang katanya.

Oleh sebab last kenduri kat rumah ni 9 tahun dulu, ak baru taw skang catering ada macam-macam pakej. Sekadar kerusi meja bersarung tu dah biasa lah kan, ni siap ada bagi pelamin, make up baju semua. wah, advance ye skang. *jakunsekejap*

So ni adalah list-list, baru sikit je jumpa catering yang besar-besar dan biasa untuk kenduri kahwin.


Anjung Eksklusif

Dorang ni adalah catering time Nabil raja lawak kahwin dulu, dan konon-konon sangat recommended oleh king. Jadi kalau kenduri Nabil yang ramai tu diaorang boleh handle, jadinya kenduri ak yang cenonet ni nanti insyallah lah boleh handle kan? =)

Tapi catering ni pakej2 yang dorang offer jauh sangat bezanya antara pakej, kalau dewan ada  RM 12.60 pastu next pakej terus RM 19.20. O_o.

Ni website diaorang : http://www.anjungcatering.com.my

Sri Angsana Catering

Sri Angsana ni ak suke sebab dah banyak kenduri ak pergi mesti dorang yang jadi caterer dah ak sangat-sangat suke masakan sambal sotong dan ikan dori sweet sour dorang..sedap babe! Pastu ayam percik plak tu..sedappppppp..

Kalau ikut hati ak suke Sri Angsana ni. Bila kenduri ak nampak je caterer sri angsana confirm ak akan makan banyak..hehehee =)


Sri Payung Catering

Seingat ak xpernah lagi ak makan kenduri under caterer ni, tapi banyak bloggers suggestkan caterer ni. Dalam majalah pengantin pon banyak iklan dorang.

Ramai dorang cakap makanan dia sedap, pelayan cukup, makanan pon cukup dan bersih.

Ni website diaorang: http://sripayung.com/

UBE Catering

Ini caterer favourite mak. Bila dia nampak je lori caterer ni kat kenduri confirm berseri-seri muke dia.Keistimewaan caterer ni adalah nasi dia. panjang woooooo..macam nasi arab!

Ni website diaorang:http://ubecatering.com

Norzack Catering

Ini adalah caterer wajib UPM..kebanyakan function UPM mesti dorang yang jadi caterer, even masa majlis buka puasa dengan sultan pon dorang yang jadi caterer. Jadi kalau majlis besar insyallah tade masalah la kot dorang nak handle.

Serisaji Catering


Serisaji ni ak dapat taw dari kawan. dia kenduri amek dorang ni jadi caterer. Pakej ok, paling mahal pon rm16, ok sangat la.

Ni website diaorang: http://www2.serisaji.com


List ni sikit je baru sebab baru nak survey-survey bajet-bajet semua. Rasanya time pameran pengantin 1 november nanti baru betul-betul survey.

Tuesday, 16 October 2012

Baju Nikah Idaman kalbu =)

Tajuk post nak over kan? hehehe..oklah, dah lama sangat x update post. Banyak benda yg ak belajar dari kenduri tunang aritu.

 1) Jangan buat pilihan or anything last minute. Seriusly, survey la awal2, design ke ape ke kan, jangan main rembat je.

 2) bila pilih butik pengantin, silalah tengok contoh-contoh make up yang dorang dah buat. Sebab nya ak sebelum ni masa survey x kesah langsung dia make camne, sebab ingatkan semua orang make up cantik macam terry or kak carol, skali bila dah kenduri, ha amek hang, pelik gila muka. especially cara dia lukis kening, dah macam garang macam penari jawa la pulak..huhuhu..so selain dari tengok baju dan pelamin sila tengok make up skali ye.

 3)Pilihla colour betul2, i love red so i chose red as my engagement dress colour, last-last nampak macam garang sangat la pulak..

 4) Ni paling penting, survey-survey dan try banyak2 kali pose2 dengan baju tu skali. Time ak aritu, baju tu kain duyung, time tunang kan kene bersimpuh kat bawah, ya allah seksa nak mampus! Nasib baik x tergolek =p

 Oklah, kembali ke topik asal, insyallah lagi 11 bulan ak akan kawen..yay! Nampak macam lama lagi kan, tp bila buat gantt chart (kawen pon kene ada gantt chart taw) dah dekat sebenarnya. Ak ada jugak fikir-fikir design untuk baju nikah. ak pegang kata-kata Rizalman

  "Buat baju pengantin yang timeless, Jangan ikut trend sangat"

Lama jugak ak memikirkan apa yang sebenarnya ak suke. Last-last ak suka benda yang tradisional, yang ala-ala puteri raja dulu, accesories and stuff. sebab tu ak suke gila kostum2 time menari dulu. Rasa macam puteri raja! Panjang pulak ak melalut kan, ok2 sebenarnya ak suke sangat baju kebaya pendek ala-ala kebaya nyonya. macam yang scha pakai ni. Tang riben tu yg ak sukeeeeeeee sangat!

Cutting baju yang fab!




Tapi untuk nikah ak ngan king nak pakai colour cream. Jadi aritu masa tengok2 album kat MOM terjumpa la gambar ni..terus jatuh cinta dengan baju bride tu. sebijik mcm yg ak nak. kebaya pendek, ada riben! cutting kain panjang..sukeeeeeeeeeeeeeeeeeee!





Baju pengantin lelaki pon ak suke. Traditional but classy!

Monday, 30 July 2012

Less is MORE!

sebok g survey-survey banyak2 butik bridal, tgk on9 la ape la, last2 beli jugak baju tunang. Konon-konon dari pink ke emerald green, last-last guna theme "Less Is More"! i love the dress, simple! it really how you wear the dress not how the dress wears you! =)

Thursday, 26 July 2012

Emerald Green


Tadi masa online, stalk-stalk kat pafe fb oarang lain, tiba-tiba ternampak ada 1 wedding ni pakai colour emerald green.. OMAIGOD! cantik gile kot! suka sangat. sebelum ni memang dah terfikir nak pakai hijau, lime green, tapi macam dah ramai sangat pakai colour lime green especially mix dengan pink.

Jadinya suka sangatla dengan colour emerald green ni. Tapi nak pakai untuk tunang or nikah or kahwin x taw lagi. yang lagi sengal nya butik/colour/theme untuk tunang pon x taw lagi.hehehehe..sebulan lebih je lagi..aiyark!

Saturday, 23 June 2012

survey survey!

Tadi gedik-gedik pergi survey bridal kat bangi. kedai pertama memang murah, tapi x banyak choice pelamin ngan baju. make-up pon so-so je. so me and king lepak situ pon dalam 5 min je. kedai kedua bridal time angah ngan along dulu. dah deal ngan king, untuk tunang dia pilih pelamin and i choose the baju, theme and all. and he found his fav pelamin, cantik & simple!

Baju-baju dia pon boleh tahan. Cantek2 sume. serius rambang mata. Pakej dia pon ok

  1. Pelamin
  2. Baju
  3. makeup & accesories
  4. sirih junjung
  5. alas dulang
= RM 900

Not bad la, mmg dalam range bajet. dan yang paling best alas dulang tu, takyahla ak perah otak nak buat alas tu.Kat situ ak bekenan sangat ngan ada satu baju merah hitam ni. cantekkkkkkk..nak yang tu la.. =)

Okeyh, then baru ktorg ke kedai ke-3 which is bridal yang paling famous n exclusive la jugak kat bangi ni. Azue Bridal. Masuk-masuk je terus terkesima dengan baju-baju dia yang superb! Dahla bos dia best gile, baik, peramah, tp mahal sket la pakej tunang dia. RM 1600 untuk pelamin, baju n make up. tp me and king have decided kawen nanti mmg ktorg nak amek dia.confirm! =D

so here are some of their baju (amek dr google je..heeee)


me and king love this 2 combine colours design




Biru ngan gold! love it!




Sepatutnyer sebelah purple tu ada 1 lagi baju baru yang combine 3 colour, gile cantek!



Saturday, 16 June 2012

warna apa ye?


i still dont know what colour i want for tunang. mula-mula rasa macam nak warna merah hitam, tp bila tengok gambar-gambar, nampak cam pelik dan kel2 sket..hehehe..

 


Bila google2, nampak plak design baju ni, macam dress. sukalah design dia. or maybe design yang simple macam ni 


maybe kurang sikit la kot beads2 tu..simple tapi cantik.

But the main problem is, both these colour dah sangat banyak orang pakai skang. even abg king pon pakai colour ni..ish! so thinking about peach/black or silver/black or white/lavender. ala, pening la pilih colour ni. kene pilih cepat sbb klu g survey kat butik pon mesti dorang akan tanya nak colour ape.

Persoalan seterusnya, ak rasa macam nak tempah jela baju tunang, puas hati sket ikut ukuran sendiri design sendiri.

perlu ke x photographer?

Tadi dah usha2 ngan kawan kat serdang ni, dorg ada company photography (LangitCrewProduction), ok gak gambar dia. dorang bagi pakej untuk tunang


  1. 1 mock album X 120 4R
  2. 1 story book
  3. 1 Frame 8R
sume ni dorang bagi price RM 700..mula2 RM 1000, bila dah nego2, alagi pon kawan sekolah kan, so dorang bagi RM 700. Mmg berbaloi compare dengan tempat lain. Tapi bila pk2 balik, nak ke x amek photographer, sbb tunang je pon...dilemma!

Friday, 15 June 2012

Pelamin anganku musnah!


Baru jatuh cinta dengan pelamin ni, sbb cute, bile PM harga rupanya RM1200(pelamin,baju,ngan make up)+RM100 pengangkutan..gileeeeeeeeeeeeee lah! mentang2 butik kat klang..tapela, cari lain jela..

sukeeeeeeeeeeeee sangat!


Arghhh, sekali tengok terus bekenan! alahai cantek la colour ni. colour pink belacan. i want this colour, xkesah la untuk nikah or tunang..nak jugakkkkkkkkk

hantaran buah jugak


okeyh, ak taw i dont have that talent to decorate, so this is when google is sooooooo useful to me. comey x hantaran buah cmni?

Thursday, 14 June 2012

hantaran tunang

Alamak, since kene jugak bertunang setahun ni, pening jugak nak fikir untuk majlis tunang. plan awal memang malas nak tunang, tapi dah abah suruh so terpaksa la bertunang jugak. Tarikh x taw lagi, jadi nak plan sikit-sikit la untuk hantaran. sebab i am well aware, klu ak siapkan last minute mesti pulun nk mampos pastu ntah ape2 jela jadi kat hantaran tu.

Maybe untuk hantaran tunang 5 balas 7 kot. so on my side, dalam planning tu yang 7 mungkin:

  1. Sirih junjung
  2. Cake
  3. Chocolate
  4. Buah
  5. Kain baju untuk nikah
  6. Pulut kuning
  7. Macaroons/ cupcake
Orang cakap tunang ni buat simple-simple je hantaran, banyakkan makanan, so ak rasa ni yang sesuai kot..hehehe =)

Wednesday, 13 June 2012

buah comel2

comey la cara orang ni gubah hantaran buah, simple dan cute!

cream!

Aritu tengok FB zuzue, kenduri kawan dia ni,alahai suke sangat dengan colour baju pengantin ni. Plan2 memang nak pakai colour cream untuk reception nanti, sbb colour2 lain tu macam extreme sangat, rasa macam pelik. Putih/ cream ni nampak pure je..ecececeh..

Lagi satu yang suke baju pengantin perempuan ni sbb kain dia nampak tebal, macam x payah pakai inner je, tu yang best sbb skang kebenyakan baju pengantin kene pakai inner, serabut betul! owh, i really love this design and colour!

Sunday, 27 May 2012

Dewan MPOB Bangi

Tadi pergi temankan mak kenduri kahwin dekat Dewan MPOB Bangi. So here goes my observation:

Advantage



  1. Senang nak cari, Dewan ni dekat kawasan MPOB, Petronas Permata, dekat kawasan Kg Dato' Abu Bakar Baginda.
  2. Parking senang. Sistem parking ok sebab kereta x payah parking tepi-tepi jalan besar, kebarangkalian untuk kereta anda dilanggar lari adalah rendah.
  3. Ada stage yang luas untuk pelamin.
  4. Aircond ok, selesa.
  5. Tadi makan oleh Norzack Catering, kemungkinan besar dewan xperlu amek skali dengan catering diaorang.

Disadvantages (dari pandangan ak lah ye)
  1. Dewan sempit. Especially untuk ak yang nak combine reception dengan king ni,lagila x muat. Rasanya klu kenduri asing2 pon belah ak x muat kot. Rasenya capasiti sekali duduk dalam 200 orang. Tapi bagi yang nak buat ekslusif, ajak x ramai, ok kot rasenya.
  2. Xbanyak tempat duduk kat luar. selalunye family akan lepak2 kat keliling dewan time kenduri, jadi penting untuk ada kerusi duduk2 kat luar2 dewan tu.

Jadi, bila point keluasan dewan pon dah x lepas, memang x boleh la dewan ni.Takpe, boleh survey lagi dewan-dewan lain =)

First post..

wow, i am motivated to record our journey towards the "day". so here goes my first post. Buat masa ni benda yang paling memeningkan kepala adalah pasal dewan. Me and king, kitaorang nak combine reception, lecehla buat dua tiga kali ni, buat reception banyak2 pon yang laing excited mesti yang pertama jugak kan. Jadinya ktorg dah decide nak buat combine serentak.

Bila serentak kenalah cari dewan elok2, bagus2 sket. sebab sanding skali je kan, pastu dengan family ak yang besar ni, kene la cari dewan yang boleh occupied tetamu. List dewan-dewan yang bakal di survey adalah

  1. Dewan Seri Siantan, Putrajaya (i am sooo in love with this dewan)
  2. Dewan Banquet UPM
  3. Dewan MPOB
  4. Dewan Seri Melati, Putrajaya
  5. Dewan INFRA
  6. Dewan INSPEN