Monday, 22 October 2012

Tudung

bagi ak sebenarnya lagi susah nak decide pakai tudung apa dari pilih baju. Sebab tudung ni mmg ikut orang, ada yang sesuai dengan muka, ada yang x sesuai. Tapi ak suka la gaya tudung ni. Unfortunately,xtaw nak cari katne..huhuhuhuhu
Credit to: G.I Photoshoot

Thursday, 18 October 2012

Nyum Nyum

Oleh kerana kitaorang insyallah akan jadi amek Dewan kat GMI tu nanti, so kene lah survey-survey untuk catering sebab dewn dan catering asing. Mula-mula nak amek je cousin ak sbb semua kenduri akak2 ak sume dia yang masak dan sangat sedap..memang kono lak dongan solero orang nogori ni..sodap! and it is kinda tradition in our family kene ada1 lauk negeri sembilan. Tapi, cousin ak tu takde equipment meja kerusi sume..*kecewa sekejap*

Bila bincang-bincang balik jadi kami terpaksalah amek catering luar yang siap dalam pakej kerusi meja semua. senang katanya.

Oleh sebab last kenduri kat rumah ni 9 tahun dulu, ak baru taw skang catering ada macam-macam pakej. Sekadar kerusi meja bersarung tu dah biasa lah kan, ni siap ada bagi pelamin, make up baju semua. wah, advance ye skang. *jakunsekejap*

So ni adalah list-list, baru sikit je jumpa catering yang besar-besar dan biasa untuk kenduri kahwin.


Anjung Eksklusif

Dorang ni adalah catering time Nabil raja lawak kahwin dulu, dan konon-konon sangat recommended oleh king. Jadi kalau kenduri Nabil yang ramai tu diaorang boleh handle, jadinya kenduri ak yang cenonet ni nanti insyallah lah boleh handle kan? =)

Tapi catering ni pakej2 yang dorang offer jauh sangat bezanya antara pakej, kalau dewan ada  RM 12.60 pastu next pakej terus RM 19.20. O_o.

Ni website diaorang : http://www.anjungcatering.com.my

Sri Angsana Catering

Sri Angsana ni ak suke sebab dah banyak kenduri ak pergi mesti dorang yang jadi caterer dah ak sangat-sangat suke masakan sambal sotong dan ikan dori sweet sour dorang..sedap babe! Pastu ayam percik plak tu..sedappppppp..

Kalau ikut hati ak suke Sri Angsana ni. Bila kenduri ak nampak je caterer sri angsana confirm ak akan makan banyak..hehehee =)


Sri Payung Catering

Seingat ak xpernah lagi ak makan kenduri under caterer ni, tapi banyak bloggers suggestkan caterer ni. Dalam majalah pengantin pon banyak iklan dorang.

Ramai dorang cakap makanan dia sedap, pelayan cukup, makanan pon cukup dan bersih.

Ni website diaorang: http://sripayung.com/

UBE Catering

Ini caterer favourite mak. Bila dia nampak je lori caterer ni kat kenduri confirm berseri-seri muke dia.Keistimewaan caterer ni adalah nasi dia. panjang woooooo..macam nasi arab!

Ni website diaorang:http://ubecatering.com

Norzack Catering

Ini adalah caterer wajib UPM..kebanyakan function UPM mesti dorang yang jadi caterer, even masa majlis buka puasa dengan sultan pon dorang yang jadi caterer. Jadi kalau majlis besar insyallah tade masalah la kot dorang nak handle.

Serisaji Catering


Serisaji ni ak dapat taw dari kawan. dia kenduri amek dorang ni jadi caterer. Pakej ok, paling mahal pon rm16, ok sangat la.

Ni website diaorang: http://www2.serisaji.com


List ni sikit je baru sebab baru nak survey-survey bajet-bajet semua. Rasanya time pameran pengantin 1 november nanti baru betul-betul survey.

Tuesday, 16 October 2012

Baju Nikah Idaman kalbu =)

Tajuk post nak over kan? hehehe..oklah, dah lama sangat x update post. Banyak benda yg ak belajar dari kenduri tunang aritu.

 1) Jangan buat pilihan or anything last minute. Seriusly, survey la awal2, design ke ape ke kan, jangan main rembat je.

 2) bila pilih butik pengantin, silalah tengok contoh-contoh make up yang dorang dah buat. Sebab nya ak sebelum ni masa survey x kesah langsung dia make camne, sebab ingatkan semua orang make up cantik macam terry or kak carol, skali bila dah kenduri, ha amek hang, pelik gila muka. especially cara dia lukis kening, dah macam garang macam penari jawa la pulak..huhuhu..so selain dari tengok baju dan pelamin sila tengok make up skali ye.

 3)Pilihla colour betul2, i love red so i chose red as my engagement dress colour, last-last nampak macam garang sangat la pulak..

 4) Ni paling penting, survey-survey dan try banyak2 kali pose2 dengan baju tu skali. Time ak aritu, baju tu kain duyung, time tunang kan kene bersimpuh kat bawah, ya allah seksa nak mampus! Nasib baik x tergolek =p

 Oklah, kembali ke topik asal, insyallah lagi 11 bulan ak akan kawen..yay! Nampak macam lama lagi kan, tp bila buat gantt chart (kawen pon kene ada gantt chart taw) dah dekat sebenarnya. Ak ada jugak fikir-fikir design untuk baju nikah. ak pegang kata-kata Rizalman

  "Buat baju pengantin yang timeless, Jangan ikut trend sangat"

Lama jugak ak memikirkan apa yang sebenarnya ak suke. Last-last ak suka benda yang tradisional, yang ala-ala puteri raja dulu, accesories and stuff. sebab tu ak suke gila kostum2 time menari dulu. Rasa macam puteri raja! Panjang pulak ak melalut kan, ok2 sebenarnya ak suke sangat baju kebaya pendek ala-ala kebaya nyonya. macam yang scha pakai ni. Tang riben tu yg ak sukeeeeeeee sangat!

Cutting baju yang fab!




Tapi untuk nikah ak ngan king nak pakai colour cream. Jadi aritu masa tengok2 album kat MOM terjumpa la gambar ni..terus jatuh cinta dengan baju bride tu. sebijik mcm yg ak nak. kebaya pendek, ada riben! cutting kain panjang..sukeeeeeeeeeeeeeeeeeee!





Baju pengantin lelaki pon ak suke. Traditional but classy!